Saturday, February 13, 2010

Bicara Hati Bermula...

Salam perkenalan...

Bicara Hati yang sulung ini sekadar ingin berkongsi impian dan cita-cita murni saya bersama pembaca semua... Impian ini sudah lama tersimpan dalam hati tetapi saya masih lagi berada di garisan permulaan... Banyakkali saya cuba bertekad untuk bersedia dan bergerak, tetapi saya tetap tidak berganjak dari kedudukan saya yang lama. Benar.. saya belum melakukan apa-apa! Hari ini saya cuba untuk melakukan sesuatu yang baru dalam hidup saya. Sesuatu yang lama saya impi dan idamkan. Mungkin saya ditertawakan kerana terlalu teruja dengan tulisan pertama saya ini. Benar juga tulisan ini mungkin tidak ada apa-apa yang istimewa, tidak teratur sifatnya dan masih tergagap-gagap lagaknya. Maafkan saya kerana ia adalah langkah pertama. Harapan di hati.. mudahan selepas ini ia kan lebih baik, lebih lancar dan bermanfaat untuk kita semua...untuk saya sendiri dan anda tidak kira siapapun yang membacanya...

Dengan iringan doa Nabi Musa a.s ketika dia dalam perjalanan untuk berjumpa Firaun :
“Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlahbagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku..” ( Surah Taha : 25 – 28), saya mulakan Bicara Hati.. Ya Allah jadikan ia salah satu wadah perjuanganku, laman perkongsian ilmu, peneguh iman dan taqwa di hati dan yang utama ia mampu meraih redhaMu... moga-moga hidup diri ini hidup yang berbakti dan matinya adalah mati yang diredhai...

No comments:

Post a Comment

Pages

Followers

Biodata Saya

AMPANG, SELANGOR, Malaysia